Thursday, March 17, 2011

Biarlah rahsia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ya iya.Hari ini sudah genap lapan minggu tempoh kehamilan saya.Alhamdulillah.Tak henti-henti saya dan Enche Suami memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa.Berkat segala usaha dan doa,siapa sangka,InsyaAllah kami kelak akan begelar Ibu dan Bapa.

Sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga,saya yakin pasti nya ramai yang teruja dengan kehamilan ini.Tetapi percaya atau tidak,setakat ini belum ada sesiapa dari ahli keluarga kami yang tahu.Beriya-iya Enche Suami mahu merahsia kannya.Kelakar sangat.Yang mencabar nya pasti lah saya.

Siapa boleh tahan,menyimpan berita yang serba gembira ini.
Siapa boleh tahan,menahan pahit manis sepanjang lapan minggu ini.
Siapa boleh tahan,kalau setiap pagi sentiasa berasa lelah dan mual-mual.

MasyaAllah.Hanya Tuhan sahaja Yang Tahu.

Oh ya iya.InsyaAllah Abang dan kakak ipar saya Kak Yong juga sedang berbadan dua.Menurut cerita Ibu,Kak Yong sudah enam minggu.Ia secara tak langsung menjadi penyebab kami suami isteri sengaja mahu merahsia kan kehamilan kami.Konon-konon kelak mahu beri kejutan secara fizikal.Biar kan perut sahaja yang membuka cerita.Konon-konon mahu biar kan semua orang menumpukan perhatian kepada Abang dan Kak Yong.Biar kan kami serba misteri.Kah kah kah.Mengada kan kami.

InsyaAllah.Doa kan ya untuk kami satu keluarga.Semoga yang bebaik sentiasa bersama kita.

p/s: Sampai bila ya nak simpan rahsia ~~